Assalamualaikum. Hello!
Selepas berkurun lama blog tidak di update, kali ni tuan tanah berkobar nak share pasal trip baru baru ni. Semua sedia maklumla kot yang tuan tanah telah bercuti di Kota Bharu, Kelantan semasa cuti hujung minggu merdeka hari tu.
![]() |
Finally, dah ada gambar kat sini. Tapi malu hoi nak posing tengah orang lalu lalang. |
Honestly negeri Kelantan ni bukanlah satu negeri yang tak familiar untuk tuan tanah sebab setiap tahun tuan tanah sefamily mesti akan datang sini. Takde relatives pun. Cuma kitorang memang suka gila gila datang sini untuk family vacation. Paling cool bila Abah bawak kitorang pergi Langkawi for 3 nights pastu dia buat plan tergempar terus ke Kelantan. Imagine barang dalam kereta. Kastam pun confused siap kena explain which barang beli kat which negeri. Too bad kitorang stop pergi sana selepas abah tak sihat. So this time tuan tanah berkesempatan pergi dengan kawan kawan pulak. Excited dia memang lain macam.
So berbalik pada cerita kitorang. Kali ni tanpa abalong. Padahal kampung abalong yang di Kelantan tapi dia pulak busy dengan events jadi memang good bye lah. Kali ni kitorang berjaya dapat cheap ticket via Malindo Air & flight was at 6.50am.
I love everything about Malindo Air. Extra legroom, 15kg baggage allowance for domestic flights, seats were slightly wider than Air Asia & even dorang provide inflight entertainment for each seat. Cuma korang kena bawa sendiri earphone lah. Tapi yang tak paham kitorang dah buat web check in dan dah sesiap print out boarding pass sendiri, tapi kitorang still kena queue kat counter diorang for their "official" boarding pass. Tuan tanah fahamlah kalau nak kena beratur juga untuk check in luggage. Tapi macam kaklong obviously tak checked in luggage pun kena juga beratur for boarding pass. Ada sesapa pernah menghadapi masalah ni?
Despite that, flight was smooth. Sampai je opkos la tuan tanah kena tunggu luggage. 3 hari 2 malam punya trip pun gigih bawak bag AF okay. Bag kosong la tapi. Settle je semua kami ke bahagian luar airport mencari kedai sewa kereta yang kami dah book sesiap 2 bulan sebelum pergi. Sekali turn out company tu quite besar jugak ek. Hawk Rent A Car namanya. Kitorang sewa proton saga dengan harga RM100 per day belum masuk GST ye. Tapi kat sini pelik jugak. Dorang prefer korang bayar pakai kredit kad sebab dorang akan amik deposit juga untuk rental ni. Deposit RM500 ye. Bukan sikit sikit. So katala korang sewa 3 hari. RM300 + RM500. Celah mana pulak kitorang bawak duit banyak tu kan. Jadi kalau korang nak sewa kereta, jangan lupa tanya sekali deposit ye. Ke kitorang je tak tau?
Destinasi pertama kitorang singgah adalah Kopitam Kita untuk sarapan pagi. Pehh tu dia. Kedai bukan dalam main road pun. Tapi full house gak la. Dan yang datang bukannya hanya rakyat marhaen, yang berkereta mewah pun ada. Berdebar rasanya nak masuk. Poyo tak? Heheheh
Ni la rupa roti titab yang famous tu. Roti bakar yang diletak kaya dan telur separuh masak. Cara roti tu dibakar macam kita tengok selalu kedai jual burger buat. Sapu butter dan letak atas kuali. Rasa masin, manis ada. Tapi tuan tanah tak makan telur separuh masak, kembang tekak tengok ni wei. Jadi tuan tanah order yang tanpa telur. Yang gambar kanan tu la nasi ayam goreng kakwok tu. Time type entry ni pun dah rasa kecur air liur. Gulai kosong bodo je, tapi rasa dia lengkap dengan ayam goreng kunyit ni.
Ni menu yang pertama kali kitorang bertiga kenal. Nasi Tumpang namanya. Nasi tu lembik lembik, dan tengah tu ada macam lauk ikan. Tak tau nak describe rasa kari ke apa. Terasa semuanya lembik ditekak dan terus kembang tekak. Tapi habis gak la makan. Nampak ramai jugak orang makan.
Untuk datang ke Kopitiam Kita, korang boleh waze je nama kedai ni atau guna alamat dibawah
Kopitiam Kita
Lepas settle sarapan, kitorang terus ke Rantau Panjang since takleh check in hotel lagi. Risau jugak takut banyak kedai tutup sebab hari Jumaat kan. Selamba redah kasi pecah.
Till then. xoxo.
argh stress tgk makanan!hahaha wehhh tgk entry ni rasa sentap!sbb aku tak start lg citer pantai timur roadtrip aku ni...sedang kan pi mei lps kot...sobssss
ReplyDeleteHahaha aku lagi teruk. siap skip entry pasal trip Bandung april lepas hahah
DeleteAku sukerrr nasi lembik..buat persediaan jadi org tua. Kikiki
ReplyDeletekaki lenguh, lutut sakit, skang suka nasi lembik. gigi rapuh ke syieda oiiii
DeleteAku sukerrr nasi lembik..buat persediaan jadi org tua. Kikiki
ReplyDelete